CTH RHP

Contoh 1
MEMBUAT BENTUK DAN BINAAN.
Modul                                          :        Dunia Seni Visual
Tahun                                          :       1
Bidang                                         :       Membentuk dan membuat binaan
Aktiviti                                         :       Model
Tema                                           :       Mencintai Alam Fauna
Tajuk                                           :       Binatang Kesayanganku
Masa                                           :       60 Minit
Alatan                                          :       Gunting                     
Bahan                                          :       Kertas lukisan, gam, kapas ,kertas warna, penyucuk sate.pita
                                                       pelekat, kertas tisu.
Bahan Bantu Mengajar              :       Contoh gambar arnab dan gambar taman sains
                                                            LCD.

EMK                                            :       Elemen kreativiti dan inovatif
                                                            Elemen Keusahawanan
                                                            Elemen teknologi maklumat dan komunikasi
                                                           
STANDARD KANDUNGAN
a.      Bahasa seni visual yang  terdapat pada alam ciptaan Tuhan.
b.      Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual.
c.       Penzahiran idea melalui pengamatan.
d.      Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
e.      Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, teknologi dalam karya seni.






STANDARD PEMBELAJARAN
3.1       Persepsi Estetik          Murid boleh membuat pemerhatian dan        
                                                mengetahui  Bahasa seni visual dari segi    
                                                garisan,rupa, bentuk dan  warna
 
              3.1.1.1              Unsur  Seni

3.1.1.1              Garisan – berkeluk

3.1.1.2              Rupa – organik

3.1.1.3              Warna - primer  dan sekunder

                        3.1.2    Prinsip Rekaan
                                  3.1.1  Pergerakan
                                    3.1.2.1  Kepelbagaian
 3.2          Aplikasi Seni           Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan   
kefahaman bahasa seni menerusi penggunaan    media dan pengamatan dalam aktiviti seni.
                        3.2.1    Mengenal dan menyatakan jenis-jenis    media dalam
penghasilan karya.

3.2.1.1 Bahan            : Kertas lukisan,pensel, warna  pensel, gam, kapas,kertas         
                      Warna, pita pelekat,kertas tisu,lidi sate.
                                                                         
3.3       Ekspresi Kreatif          Murid dapat mengaplikasikan       
                                           pengetahuan, kefahaman serta kemahiran    
                                           dalam bentuk 2D dan 3D. 
                
3.3.1    Memilih dan memanipulasikan idea secara kreatif.
3.3.2    Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya.
3.3.3    Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.

3.4       Apresiasi Seni Murid boleh membuat  apresiasi  terhadap karya    
                                            sendiri dan rakan berpandukan binaan arnab.
3.4.1    Mempamerkan hasil kerja yang dihasilkan.
3.4.2    Menceritakan karya sendiri secara lisan
3.4.3    Menghargai karya sendiri dan rakan.


STANDARD PEMBELAJARAN
AKTIVITI
Persepsi Estetik
ü  Guru dan murid menyanyi lagu “Taman Pak Mamat “
ü  Guru bersoal- jawab dengan murid tentang lagu yang dinyanyikan.
i)                    Apakah yang ada di kebun Pak Mamat?
ii)                  Apakah warna bulu arnab?
Guru menayangkan gambar arnab .
                             








Aplikasi Seni
ü  Guru memperkenalkan bahan-bahan yang akan digunakan dalam penghasilan kerja.
ü  Guru menunjukkan cara penggunaan media ,teknik dan proses dalam penghasilan karya.


Langkah 1
  • Guru mengedarkan kertas lukisan gambar arnab.
  • Guru memberi penerangan cara-cara untuk menghasilkan karya.

Langkah 2
  • Guru mengedarkan gam dan kapas dalam kumpulan kecil.





Langkah 3
  • Guru menunjuk cara penggunaan gam pada gambar. Murid meletakkan gam mengikut bentuk gambar secara berperingkat.
  • Guru menunjuk cara melekatkan kapas pada bahagian gambar yang mempunyai gam.



Langkah 4
  • Murid menjalankan aktiviti secara individu.
  • Murid melekatkan kapas pada gambar arnab.



Langkah 5
  • Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.
  • Kumpulan pertama :
  • Murid mengoyakkan kertas warna untuk membentuk mata arnab.


Langkah 6
  • Murid  mengoyak kertas warna hijau dan oren untuk membentuk lobak merah.



    








  • Murid melekatkan bentuk lobak pada bentuk arnab yang telah siap tadi.
  • Bentuk arnab dilekatkan pada kertas warna untuk dijadikan bingkai bagi gambar tersebut.


Langkah 7
    Kumpulan kedua
  • Guru menggunting gambar arnab .
  • Secara berpasangan, murid melekatkan arnab menggunakan gam.


Langkah 7
  • Murid melekatkan penyucuk sate dalam badan arnab menggunakan pita pelekat.
  • Murid memasukkan  sedikit kertas tisu ke dalam badan arnab dan mengemaskan tisu tersebut menggunakan pita pelekat atau gam.

Langkah 8
  • Murid menutup badan arnab menggunakan arnab kedua.

.





Langkah 9
  • Guru meletakkan model arnab yang telah siap di atas tapak yang disediakan.
  • Guru dan murid membuat jualan hasil yang telah siap.
  • Binaan kumpulan pertama ditampal        di belakang kelas.
  • Guru dan murid menyanyikan semula lagu “Taman Pak Mamat” sambil beraksi dengan model arnab masing-masing.





















Ekspresi Kreatif
Ø  Murid menghasilkan bentuk arnab yang mempunyai nilai kasih sayang..
Ø  Guru membimbing murid menjalankan aktiviti seperti langkah-langkah yang ditunjukkan.

Apresiasi Seni
Ø  Murid menceritakan pengalaman dalam menghasilkan binaan.
Ø  Guru dan murid membincangkan tentang nilai komersial yang bersesuaian dengan hasil kerja murid.
Ø  Guru membuat rumusan tentang hasil kerja dan perbincangan yang telah dilakukan.

Penerapan Elemen Keusahawanan
Ø  Membentuk nilai moral dan etika keusahawanan yang baik dalam menghadapi pelbagai situasi.

Pak Mamat ada taman
La   la   la    la    la
Di tamannya ada arnab
La la la la la la
Bulunya warnanya putih
La la la la la la
Lompat sini lompat sana
Jom kita lukis.






















   



















                      


                                                                       
contoh 2

MEMBUAT  CORAK DAN REKAAN
Modul                          :           Dunia Seni Visual
Tahun                          :           1
Bidang                         :           Membuat corak dan rekaan
Aktiviti                         :           Membuat corak menggunakan bentuk organik dengan teknik
renjisan.
Tema                           :           Alam Semulajadi
Tajuk                           :           Dedaun
Masa                           :           60 Minit
Media
Alatan                          :           Berus gigi, bekas pembancuh warna           
Bahan                          :           Kertas lukisan, surat khabar, air, warna air dan pelbagai jenis
daun
BBM                            :           Contoh corak yang dihasilkan melalui teknik renjisan

EMK                            :           Elemen kreativiti dan inovatif
                                                Elemen Keusahawanan                                
                                                           
STANDARD KANDUNGAN
a.      Bahasa seni visual yang  terdapat pada alam ciptaan Tuhan.
b.      Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual.
c.       Penzahiran idea melalui pengamatan.
d.      Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
e.      Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan  kajian dalam karya seni.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1              Persepsi Estetik         
Murid boleh membuat pemerhatian dan   mengetahui  Bahasa seni visual dari segi     rupa, bentuk dan  warna.
1.1.1            Unsur  Seni

1.1.1.1  Rupa – organik

1.1.1.2  Warna – primer (merah, biru dan kuning) sekunder (hijau dan
   oren)

                        1.1.2    Prinsip Rekaan
1.1.2.1  Kepelbagaian – jenis bentuk

1.2       Aplikasi Seni  
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni menerusi penggunaan    media dan pengamatan dalam aktiviti seni.
                        1.2.1    Mengenal dan menyatakan jenis-jenis    media dalam penghasilan karya.
1.2.1.1                       Alatan  : Berus gigi, bekas pembancuh warna
1.2.1.2            Bahan  : Kertas lukisan, surat khabar , air, warna air dan  
pelbagai jenis daun
                                                                  
1.3       Ekspresi Kreatif         
Murid berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran  bahasa seni visual dalam menzahirkan serta mencerna idea.
1.3.1    Memilih dan memanipulasikan idea secara kreatif.
1.3.2    Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya.
1.3.3    Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.

1.4       Apresiasi Seni
            Murid boleh membuat  apresiasi  terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan corak daun yang dihasilkan .
1.4.1    Mempamerkan hasil kerja yang dihasilkan.
1.4.2    Menceritakan karya sendiri secara lisan.
1.4.3    Menghargai karya sendiri dan rakan.


STANDARD PEMBELAJARAN
AKTIVITI
Persepsi Estetik
ü  Guru menunjukkan beberapa contoh daun dan menerangkan tentang daun tersebut kepada murid.
ü  Guru bersoal jawab dengan murid tentang  daun tersebut.
i)                    Apakah bentuk daun ini?
ii)                  Apakah nama pokok bagi daun ini?

Aplikasi Seni

ü  Guru memperkenalkan warna-warna yang akan digunakan dalam penghasilan kerja. Warna primer (merah, kuning dan biru) .Manakala warna sekunder (hijau dan kuning pinang)



ü  Guru menunjukkan bentuk-bentuk daun yang akan digunakan.








Langkah 1
  • Guru menunjukkan contoh corak daun yang dihasilkan melalui teknik renjisan.




Langkah 2
  • Guru mengarahkan murid agar melapik meja masing-masing dengan menggunakan surat khabar lama supaya meja tidak dicemari dengan warna air. Aktiviti ini dijalankan secara individu.



Langkah 3
  • Guru mengedarkan kertas lukisan dan  tiga jenis daun yang mempunyai bentuk yang berbeza kepada murid.

Langkah 4
  • Guru meminta murid menyusun daun di atas kertas lukisan mengikut kreativiti masing-masing.


Langkah 5
  • Guru menunjukkan cara untuk membancuh warna air.






Langkah 6
  • Guru menunjukkan cara merenjis warna air menggunakan berus gigi.

  • Guru meminta murid merenjiskan warna       di atas kertas lukisan masing-masing menggunakan berus gigi. Renjisan dimulakan dengan warna primer dahulu. (merah, kuning dan biru)





Langkah 7
  • Guru meminta murid membuat renjisan seterusnya  menggunakan warna  sekunder
( hijau dan kuning pinang)


Langkah 8
  • Setelah warna kering, murid mengalihkan daun daripada kertas lukisan mereka.











Langkah 9
  • Guru memilih tiga orang  murid untuk menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
  • Guru bertanya kepada murid bagaimana cara untuk memanfaatkan lukisan ini.
  • Guru meminta murid meletakkan harga pada hasil kerja mereka.

Ekspresi Kreatif
Ø  Murid menghasilkan corak daun dengan menggunakkan teknik renjisan.
Ø  Guru membimbing murid menjalankan aktiviti seperti langkah-langkah yang ditunjukkan.

Apresiasi Seni
Ø  Murid menceritakan pengalaman dalam menghasilkan corak daun.
Ø  Guru dan murid membincangkan tentang nilai komersial yang bersesuaian dengan hasil kerja murid.
Ø  Guru membuat rumusan tentang hasil kerja dan perbincangan yang telah dilakukan.

Penerapan Elemen Keusahawanan
Ø  Membentuk nilai moral dan etika keusahawanan yang baik dalam menghadapi pelbagai situasi.











       

































                       














                                                                       
contoh 3

MENGGAMBAR
Modul                              :        Dunia Seni Visual
Tahun                             :       1
Bidang                             :       Menggambar
Aktiviti                             :       Lukisan
Tema                               :       Buah
Tajuk                               :       Buah Epal
Masa                               :       60 Minit
Media                                     
 Alatan                            :       Tiada
Bahan                              :       Kertas lukisan, pensel, pensel warna
Bahan Bantu Mengajar   :      epal merah, contoh gambar
                                                           
EMK                                            :       Elemen kreativiti dan inovatif
                                                            Elemen Keusahawanan                                                        
STANDARD KANDUNGAN
a.      Bahasa seni visual yang  terdapat pada alam ciptaan Tuhan.
b.      Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual.
c.       Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
d.      Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian  dalam karya seni.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1       Persepsi Estetik      Murid boleh membuat pemerhatian  dan mengetahui Bahasa seni
                                             visual dari segi garisan, rupa, bentuk dan  warna.
1.1.1            Unsur  Seni

1.1.1.1 Garisan – putus-putus dan melengkung

1.1.1.2 Rupa – organik

1.1.1.3 Warna – panas dan sejuk  (merah, hijau)

                        1.1.2    Prinsip Rekaan
                                       1.1.1  Pergerakan
                                       1.1.2.1  Kepelbagaian – jenis-jenis  garisan

1.2      Aplikasi Seni    Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman
                            bahasa seni menerusi penggunaan media dan pengamatan dalam
                         aktiviti seni.
                        1.2.1    Mengenal dan menyatakan jenis-jenis  media dalam
penghasilan karya.
1.2.1.1            Alatan  :  tiada
1.2.1.2            Bahan  : Kertas lukisan, pensel dan pensel warna.

1.3       Ekspresi Kreatif  Murid berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan,
    kefahaman dan kemahiran  bahasa seni visual dalam
    menzahirkan serta  mencerna idea.
1.3.2    Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya.
1.3.3    Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.

1.4       Apresiasi Seni     Murid boleh membuat  apresiasi  terhadap karya   
             
                                                    sendiri dan rakan berpandukan lukisan buah epal.

1.4.1    Mempamerkan hasil kerja yang dihasilkan.
1.4.2    Menceritakan karya sendiri secara lisan.
1.4.3    Mengetahui kaitan seni visual dengan nilai-nilai komersial.
1.4.4    Menghargai karya sendiri dan rakan.


STANDARD PEMBELAJARAN
AKTIVITI

Persepsi Estetik
ü  Guru menunjukkan buah epal.
ü  Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan buah tersebut.
i)                    Apakah nama buah ini?
ii)                  Apakah warna buah ini?

Aplikasi Seni
ü  Guru memperkenalkan warna-warna yang akan digunakan dalam penghasilan kerja.
ü  Guru menunjukkan binaan garisan  bentuk buah epal.


Langkah 1
  • Guru mengedarkan kertas lukisan yang mempunyai garisan putus-putus.



Langkah 2
  • Murid-murid dikehendaki mencantumkan garisan putus-putus tersebut sehingga menampakkan  gambar sebiji epal.




Langkah 3
  • Murid-murid ditunjukkan warna-warna yang akan digunakan untuk mewarnakan epal.




Langkah 4

  • Guru menunjuk cara menerap warna mengikut ruang.
  • Murid-murid mewarnakan gambar buah epal menggunakan warna merah.





Langkah 5
  • Guru menunjuk cara mendapat warna coklat dengan menggabungkan warna hijau dan merah.






Langkah 6
  • Murid-murid mewarnakan daun dengan warna hijau.



Langkah 7
  • Setelah siap, beberapa orang murid dipilih untuk  menceritakan pengalamannya sewaktu menghasilkan lukisan tersebut.
  • Beberapa orang murid dipilih untuk menjual hasil kerjanya di hadapan kelas.

Langkah 8
  • Hasil lukisan dijadikan pembalut bekas pensel.


Ekspresi Kreatif
Ø  Murid menghasilkan lukisan buah epal  dengan menggunakan unsur-unsur garisan, warna dan rupa.
Apresiasi Seni
Ø  Guru dan murid membincangkan tentang nilai komersial yang bersesuaian dengan hasil kerja murid.
Ø  Guru membuat rumusan tentang hasil kerja dan perbincangan yang telah dilakukan.

Penerapan Elemen Keusahawanan
Ø  Membentuk nilai moral dan etika keusahawanan yang baik dalam menghadapi pelbagai situasi.
Ø  Sikap peka pada peluang













































                      












                 





                                                                       
contoh 4
MENGGAMBAR
Modul                                    :           Dunia Seni Visual
Tahun                                     :           1 Dinamik
Bidang                                    :           Menggambar
Aktiviti                                   :           Kolaj
Tema                                       :           Binatang
Tajuk                                       :           Anak Itik
Masa                                       :           60 Minit
Alatan                                     :           Gunting, acuan binaan bentuk                      
Bahan                                      :           kertas warna, pensel, gam dan kadbod
Bahan Bantu Mengajar     :           Contoh gambar itik
                                                            LCD, komputer
                                                           
EMK                                            :       Elemen kreativiti dan inovatif
                                                            Elemen Keusahawanan
                                                            Elemen teknologi maklumat dan komunikasi
                                                           
STANDARD KANDUNGAN
a.      Bahasa seni visual yang  terdapat pada alam ciptaan Tuhan.
b.      Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual.
c.       Penzahiran idea melalui pengamatan.
d.      Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
e.      Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, teknologi dalam karya seni.





STANDARD PEMBELAJARAN
1.1       Persepsi Estetik         
Murid boleh membuat pemerhatian dan mengetahui  Bahasa seni visual dari segi garisan, rupa dan warna.
1.1.1            Unsur  Seni

1.1.1.1             Garisan – melengkung

1.1.1.2              Rupa – geometri

1.1.1.3              Warna –  merah, biru dan kuning.

                        1.1.2    Prinsip Rekaan
                                     1.1.2.1  Pergerakan - Olahan garisan dan rupa
                                    1.1.2.2  Kepelbagaian – kesatuan bentuk      

1.2      Aplikasi Seni 
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni menerusi penggunaan media dan pengamatan dalam aktiviti seni.
                        1.2.1    Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan karya.
1.2.1.1                        Alatan  : LCD, komputer, gunting, acuan binaan bentuk.
1.2.1.2            Bahan  : Kertas warna, gam dan kadbod.                                                            

1.3       Ekspresi Kreatif
            Murid berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran    
bahasa seni visual dalam menzahirkan dan   mencerna idea.
1.3.1    Memilih dan memanipulasikan idea secara kreatif.
1.3.2    Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya.
1.3.3    Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.

1.4       Apresiasi Seni
Murid boleh membuat  apresiasi  terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1    Mempamerkan hasil kerja yang dihasilkan.
1.4.2    Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3    Mengetahui kaitan seni visual dengan nilai-nilai  komersial.
1.4.4    Menghargai karya sendiri dan rakan.


STANDARD PEMBELAJARAN
AKTIVITI
Persepsi Estetik
v  Guru menayangkan slide gambar itik dan meminta murid menyanyikan  lagu ‘Anak Itik Tok Wi’ dengan iringan muzik.
v  Guru bersoal- jawab dengan murid berkaitan gambar tersebut.
i)                    Apakah nama binatang yang ditunjukkan?
ii)                  Guru meminta murid mengeja perkataan ‘itik’.
iii)                Apakah warna itik yang pernah kamu lihat?
Aplikasi Seni
Ø  Guru memperkenalkan bahan dan alatan yang digunakan.

Ø  Guru menunjukkan binaan garisan bulatan secara grafik dengan menggunakan acuan.



Ø  Guru menunjukkan rupa bulatan pelbagai saiz dan keratan kadbod yang telah siap digunting.
Ø  Guru memperkenalkan warna-warna yang akan digunakan dalam penghasilan kerja.

Langkah 1
  • Guru mengedarkan rupa bulatan yang berlabel A,B,C,D,E dan F serta keratan kadbod yang telah siap kepada murid.



Langkah 2
  • Guru menunjuk cara menyapu gam pada keratan yang diberi dan cara melekatkan pada kadbod.
  • Murid mengikuti tunjuk cara yang diberi.

Langkah 3
  • Guru menunjukkan cara melekatkan kertas yang dipotong sehingga selesai.


Langkah 4
  • Murid mengikuti tunjuk cara yang diberi.



Langkah 5
  • Guru membimbing murid menjalankan aktiviti yang telah ditunjukkan.















Langkah 6
  • Murid membuat kemasan secara kreatif agar hasil kerja menjadi lebih menarik.





Ekspresi Kreatif
Ø  Murid menghasilkan gambar binatang yang mempunyai nilai kasih sayang.


Apresiasi Seni
Ø  Murid menceritakan pengalaman dalam menghasilkan gambar anak itik secara lisan.
Ø  Murid menghargai karya sendiri dan rakan.
Ø  Guru membuat rumusan tentang hasil kerja dan perbincangan dengan murid

Penerapan Elemen Keusahawanan
Ø  Penerapan kepada murid tentang nilai komersial dan pemikiran keusahawanan.  (Mempelbagaikan gambar tersebut – untuk hiasan, kad ucapan kepada rakan dan sebagainya)























































































                                                                       






















































































contoh 5
RANCANGAN MENGAJAR MATA PELAJARAN DUNIA SENI VISUAL (DSV)
TAHUN 1
Modul                                    : Dunia Seni Visual
Tahun                                    : 1
Bidang                      : MENGGAMBAR
Aktiviti                       : Lukisan
Tema                         : Haiwan
Tajuk                         : Kura-kura
Masa                          : 60 Minit
Media                        
  1. Alatan                        : CD terbuang, duit syiling.
  2. Bahan            : Kertas putih bersaiz A4, pensel, warna pensel.

Bahan Bantu Mengajar    : Contoh-contoh produk yang boleh dihasilkan daripada lukisan kura-kura.

EMK                                       : Elemen kreativiti dan inovatif
                                                  Elemen Keusahawanan
                                                  Elemen teknologi maklumat dan komunikasi
                                                           
STANDARD KANDUNGAN
a.    Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan.
b.    Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual.
c.    Penzahiran idea melalui pengamatan.
d.    Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
e.    Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, teknologi dalam karya seni.



STANDARD PEMBELAJARAN
1.1         Persepsi Estetik   
Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual dari segi garisan, rupa, bentuk dan warna.
1.1.1                      Unsur  Seni
                                1.1.1.1      Garisan     - melintang, melengkung dan bergerigi
                                                -  mewujudkan ruang melalui garisan yang berlainan saiz dan jarak
                                1.1.1.2      Rupa          - geometri
                                1.1.1.3      Warna        - biru, merah dan kuning
- ungu, kuning pinang dan hijau

               1.1.2      Prinsip Rekaan
                                1.1.2.1      Pergerakan – olahan garisan yang menghasilkan bentuk dan  
 rupa
                                1.1.2.2      Kepelbagaian – jenis-jenis garisan

 1.2        Aplikasi Seni           
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni menerusi penggunaan media dan pengamatan dalam aktiviti seni.
                 1.2.1    Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan karya.
                                1.2.1.1                  Alatan           : CD terbuang, duit syiling.
                                1.2.1.2                Bahan            : Kertas putih bersaiz A4, pensel, pensel warna,
  warna lilin dan gam.
                 1.2.2    Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan
karya.
                                1.2.2.1                Teknik – kering atas kering dan tampalan.


1.3     Ekspresi Kreatif
Murid berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran                      bahasa seni visual dalam menzahirkan dan mencerna idea.
                 1.3.1    Memilih dan memanipulasikan idea secara kreatif.
                 1.3.2    Menggunakan unsur seni 
                 1.3.3    Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.

1.4   Apresiasi Seni       
Murid boleh membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan lukisan kartun.
                 1.4.1    Mempamerkan hasil kerja yang dihasilkan.
                 1.4.2    Menceritakan karya sendiri secara lisan.
                 1.4.3    Mengetahui kaitan seni visual dengan nilai-nilai komersial.
                 1.4.4    Menghargai karya sendiri dan rakan.

STANDARD PEMBELAJARAN
AKTIVITI
Persepsi Estetik
ü  Guru menayangkan slaid contoh bentuk-bentuk geometri


ü  Guru bersoal- jawab dengan murid berkaitan bentuk-bentuk yang ditunjukkan.
i)             Apakah objek yang boleh dihasilkan daripada bentuk-bentuk tersebut?


ii)            Apakah objek yang boleh dihasilkan daripada gabungan dan olahan bentuk-bentuk tersebut?



Aplikasi Seni
ü  Guru memperkenalkan warna-warna yang akan digunakan dalam penghasilan kerja iaitu:
Ø  biru, merah dan kuning


Ø  ungu, kuning pinang dan hijau


ü  Guru menunjukkan jenis garisan dan bentuk yang akan digunakan iaitu:
Ø  garisan melintang
Ø  garisan melengkung
Ø  garisan sendeng

Ø  bentuk separa bulat
Ø  bentuk segitiga



Langkah 1
  • Guru mengedarkan kertas putih bersaiz A4 kepada murid.
  • Guru membuat lakaran dan meminta murid mengikuti setiap lakaran yang akan ditunjukkan.




Langkah 2
  • Membina garisan melengkung bersaiz kecil.






Langkah 3
  • Membina garisan melengkung bersaiz besar di luar lakaran pertama menggunakan CD yang telah dipotong.





Langkah 4
  • Menyambungkan kedua-dua hujung garisan dan membentuk separa bulatan.





Langkah 5
  • Membina dua garisan melengkung berbentuk separa bulatan pada kedua-dua hujung lakaran menggunakan duit syiling.








Langkah 6
  • Membina titik tengah pada ruang separa bulatan dan menyambungkan dengan garisan lengkung yang menghasilkan bentuk kon




Langkah 7
  • Membina satu lagi garisan melengkung dibahagian sisi atas lakaran untuk membentuk kepala dengan panduan guru.




Langkah 8
  • Membina titik dan garisan untuk membentuk mata dan mulut.









Langkah 9
  • Melengkapkan subjek dengan menambah lakaran pada ruang kosong  mengikut kreativiti murid.





Langkah 10
  • Mewarna semua subjek yang terdapat pada setiap ruang melalui panduan guru.
  • Membuat kemasan secara kreatif agar hasil kerja menjadi lebih menarik.



Langkah 11
  • Guru dan murid membincangkan mengenai produk yang boleh dihasilkan daripada lukisan kura-kura untuk dikomersialkan.
  • Guru menunjukkan contoh-contoh produk sebagai panduan kepada murid.

Langkah 12
  • Murid mempamerkan hasil kerja yang telah siap dan meminta rakan-rakan meletakkan label harga mengikut kesesuaian.


Ekspresi Kreatif
Ø  Murid menghasilkan lukisan kura-kura yang mempunyai nilai komersial.
Ø  Guru membimbing murid menjalankan aktiviti seperti langkah-langkah yang ditunjukkan.

Apresiasi Seni
Ø  Murid mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.
Ø  Guru dan murid membincangkan tentang nilai komersial yang bersesuaian dengan hasil kerja murid.
Ø  Guru membuat rumusan tentang hasil kerja dan perbincangan yang telah dilakukan.

Penerapan Elemen Keusahawanan
Ø  Membentuk nilai komersial dan etika keusahawanan yang baik dalam menghadapi pelbagai situasi.
Ø  Formulasi untuk mereka cipta.







       







         biru         merah     kuning



     ungu     kuning pinang     hijau














































                      


                                                                       
contoh 6

3.MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Modul                                        :      Dunia Seni Visual
Tahun                                         :       1
Bidang                                        :       Membentuk dan membuat binaan
Aktiviti                                       :       Mobail
Tema                                           :       Haiwan
Tajuk                                           :       Ikan
Masa                                           :       60  minit
 Alatan                                       : Gunting, penebuk lubang,stapler.
Bahan                                        : Kertas sampul duit raya,kertas warna,
     benang,lidi,,gam,labuci,benang.
Bahan Bantu Mengajar        :       contoh mobail bentuk  ikan

EMK                                            :       Elemen Kreativiti dan Inovatif
                                                            Elemen Keusahawanan
                                                            Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
                                                           
STANDARD KANDUNGAN
a.      Bahasa seni visual yang  terdapat pada alam ciptaan Tuhan.
b.      Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual.
c.       Penzahiran idea melalui pengamatan.
d.      Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
e.      Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, teknologi dalam karya seni.






STANDARD PEMBELAJARAN
3.1       Persepsi Estetik          Murid boleh membuat pemerhatian dan        
                                            mengetahui  bahasa seni visual dari segi    
                                            garisan,rupa, bentuk dan  warna.

3.1.1        Unsur  Seni

3.1.1.1             Garisan –lurus, melengkung

3.1.1.2              Rupa – geometri, muka taip

3.1.1.3              Warna – kuning,merah,biru, hijau.

                        3.1.2    Prinsip Rekaan
                                  3.1.1  Pergerakan
                                    3.1.2.1  Kepelbagaian – jenis-jenis garisan
 3.2          Aplikasi Seni           Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan   
kefahaman bahasa seni menerusi penggunaan
media dan pengamatan dalam aktiviti seni.
                        3.2.1    Mengenal dan menyatakan jenis-jenis  media dalam penghasilan karya.
3.2.1.1            Alatan  : Video lagu,gunting,stapler,penebuk lubang.
3.2.1.2 Bahan            : sampul duit raya,gam,benang,lidi,labuci,kertas warna.
                                                                           





3.3       Ekspresi Kreatif          Murid berkebolehan mengaplikasikan       
                                           pengetahuan, kefahaman dan kemahiran    
                                           bahasa seni visual dalam menzahirkan dan   
                                           mencerna idea.
3.3.1    Memilih dan memanipulasikan idea secara kreatif.
3.3.2    Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya.
3.3.3    Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.

3.4       Apresiasi Seni Murid boleh membuat  apresiasi  terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bentuk ikan.
3.4.1    Mempamerkan hasil kerja yang dihasilkan dalam bentuk mobail.
3.4.2    Menceritakan karya sendiri secara lisan
3.4.3    Mengetahui kaitan seni visual dengan nilai-nilai 
            komersial.
3.4.4    Menghargai karya sendiri dan rakan.


STANDARD PEMBELAJARAN
AKTIVITI
Persepsi Estetik
ü  Guru memperdengarkan lagu  “Anak  ikan”.
ü  Guru bersoal- jawab dengan murid berkaitan lagu  tersebut.
i)                    Apakah  haiwan yang terdapat dalam lagu?
ii)                  Di manakah ikan tinggal ?
iii)                Sebutkan jenis-jenis ikan ?








Aplikasi Seni
ü  Guru  memperkenalkan bahan dan alatan yang akan digunakan dalam penghasilan mobail ikan.
ü  Guru menunjukkan cara membuat mobail ikan.





Langkah 1
  • Guru mengedarkan sampul duit raya  yang telah siap digunting.






Langkah  2
  • Guru mengedarkan labuci bentuk mata ikan kepada setiap murid.
  • Murid menampal labuci bentuk mata ikan pada ruang penjuru sampul.





Langkah 3
  • Guru mengedarkan dua bentuk huruf iaitu huruf kecil dan huruf besar kepada setiap murid.
  • Murid menampal huruf pada kedua-dua belah bentuk ikan tersebut.





Langkah 4
  • Murid melipat kertas yang digunting mengikut garisan untuk membentuk ekor ikan secara bersilang di kedua-dua bahagian.
  • Murid mengetip ekor ikan dengan menggunakan stapler.




Langkah 5
  • Guru membantu murid menebuk di penjuru atas badan ikan dengan menggunakan penebuk lubang.
  • Murid memasukkkan benang ke dalam lubang dan mengikatnya.
  • Murid mengikatkan benang pada lidi yang diedarkan oleh guru bagi membentuk mobail.

Langkah 6
  • Murid menceritakan pengalaman menghasilkan mobail ikan kepada rakan-rakan.
  • Murid menjual hasil produk mereka kepada rakan-rakan sekelas.
  • Hasil kerja murid dipamerkan di dalam kelas.
  • Murid menyanyikan lagu Anak Ikan beramai-ramai.

Ekspresi Kreatif
Ø  Murid menghasilkan mobail ikan.
Ø  Guru membimbing murid menjalankan aktiviti seperti langkah-langkah yang ditunjukkan.
Ø  Guru menggunakan cd lagu.



Apresiasi Seni
Ø  Murid menceritakan pengalaman dalam menghasilkan mobail ikan
Ø  Guru dan murid membincangkan tentang nilai komersial yang bersesuaian dengan hasil kerja murid.
Ø  Guru membuat rumusan tentang hasil kerja dan perbincangan yang telah dilakukan.

Penerapan Elemen Keusahawanan
Ø  Membentuk nilai moral dan etika keusahawanan yang baik dalam menghadapi pelbagai situasi.
Lagu : Anak ikan

Anak lah ikan
lah ikan dimakan ikan (2x)

Ikanlah kecil tulangnya
Banyak tulangnya (2x)

Marilah kita lah kita
Bersukaria(2x)

Sambil menyanyilah nyanyi
Gelak ketawa (2x)








































contoh 7

MENGGAMBAR
Modul                              :      Dunia Seni Visual
Tahun                                          :       1
Bidang                                        :       Rekaan
Aktiviti                                       :       Mencorak
Tema                                           :       Pakaian
Tajuk                                           :       Corak Fabrik secara alternating
Masa                                           :       60 Minit
Alatan                                        :       Pisau dan gunting      
Bahan                                         :     Kertas lukisan, pensil, warna air, pita pelekat  , kacang, bendi,pelepah pisang,daun, terung  dan limau nipis.
Bahan Bantu Mengajar        :       Contoh-contoh lukisan, perisian slaid, model
                                                           
EMK                                                  :       Elemen kreativiti dan inovatif
                                                                   Elemen Keusahawanan
                                                                   Elemen TMK                                                  
                                                           
STANDARD KANDUNGAN
a.      Bahasa seni visual yang  terdapat pada alam ciptaan Tuhan.
b.      Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual.
c.       Penzahiran idea melalui pengamatan.
d.      Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
e.      Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, teknologi dalam karya seni.

STANDARD PEMBELAJARAN
2.1       Persepsi Estetik          Murid boleh membuat pemerhatian dan        
                                                       mengetahui  Bahasa seni visual dari segi    
                                                       rupa, bentuk dan  warna
                2.1.1    Unsur  Seni

2.1.1.1              Rupa – Geomatri dan Organik

2.1.1.2              Warna - primer  dan sekunder

2.1.2    Prinsip Rekaan
                                 2.1.2.1    Kontra
                                  2.1.2.2   Ritma dan pergerakan

 2.2      Aplikasi Seni   Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan   
kefahaman bahasa seni menerusi penggunaan    media dan pengamatan dalam aktiviti seni.

                        2.2.1    Mengenal dan menyatakan jenis-jenis    media dalam
penghasilan karya.
2.2.1.1      Alatan         : Pisau, pembancuh warna, berus  dan  
                                             gunting
2.2.1.2      Bahan         : Kertas lukisan, pensil, warna
  air, pita pelekat, kacang  bendi,pelepah  
  pisang,daun, terung,limau nipis


2.3       Ekspresi Kreatif          Murid berkebolehan mengaplikasikan       
                                           pengetahuan, kefahaman dan kemahiran    
                                           bahasa seni visual dalam menzahirkan dan   
                                           mencerna idea.
2.3.1    Memilih dan memanipulasikan idea secara kreatif.
2.3.2    Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya.
2.3.3    Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.

2.4       Apresiasi Seni Murid boleh membuat  apresiasi  terhadap karya    
                                            sendiri dan rakan berpandukan tema pakaian.

2.4.1    Mempamerkan dan menghargai hasil kerja yang dihasilkan.
2.4.2    Menceritakan karya sendiri secara lisan
2.4.3    Mengetahui kaitan seni visual dengan nilai-nilai 
            komersial.

STANDARD PEMBELAJARAN
AKTIVITI
Persepsi Estetik
ü  Guru memperlihatkan gambar pakaian bercorak batik menggunakan slaid.
ü  Guru bersoal- jawab dengan murid berkaitan gambar tersebut.
i)                    Apakah yang dapat kamu lihat?
ii)                  Apakah yang kamu dapat lihat pada baju?

Aplikasi Seni
ü  Guru memperkenalkan alat dan bahan yang akan digunakan dalam penghasilan kerja.
ü  Guru menunjukkan bahan-bahan yang akan digunakan untuk capan.
ü  Guru menunjukkan cara membancuh warna.
ü  Guru menunjukkan cara menyapu warna pada capan.
ü  Aplikasi TMK dalam bentuk slaid





Langkah 1
  • Guru memperlihatkan gambar pakaian bercorak batik menggunakan slaid.
  • Guru bersoal-jawab dengan murid berkaitan gambar tersebut.
i)                    Apakah yang dapat kamu lihat?
ii)                  Apakah corak yang kamu dapat lihat pada baju?          





Langkah 2
  • Guru mengedarkan kertas kosong berbentuk baju yang telah digunting.
  • Memberikan bahan-bahan seperti kacang bendi, pelepah pisang, daun, terung dan limau nipis untuk tujuan capan.


          








Langkah 3
  • Sapu warna air pada bahan yang akan digunakan untuk membuat capan. Kemudian tekap atas kertas lukisan tadi.
  • Sapu warna pada bahan setiap kali tekapan dibuat.





Langkah 4
  • Ulang langkah capan berulang-ulang kali dalam bentuk alternating.






Langkah 5
  • Membina corak capan pada  ruang subjek.
  • Membuat kemasan secara kreatif agar hasil kerja menjadi lebih menarik.





Langkah 6
  • Lipat kertas untuk dijadikan pemegang.







Langkah 7
  • Murid membuat kekemasan hasil kerja supaya lebih menarik.
  •  Pamerkan hasil kerja murid yang terbaik sebagai contoh.
  • Guru meminta murid –murid  meletakkan harga bagi hasil kerja rakan-rakannya.




Ekspresi Kreatif
Ø  Murid menghasilkan puppet yang mempunyai nilai keseniaan.
Ø  Guru membimbing murid menjalankan aktiviti seperti langkah-langkah yang ditunjukkan.

Apresiasi Seni
Ø  Murid menceritakan pengalaman dalam menghasilkan baju.
Ø  Guru dan murid membincangkan tentang nilai komersial yang bersesuaian dengan hasil kerja murid.
Ø  Guru membuat rumusan tentang hasil kerja dan perbincangan yang telah dilakukan.


Penerapan Elemen Keusahawanan
Ø  Membentuk nilai moral dan etika keusahawanan yang baik dalam menghadapi pelbagai situasi.
Ø  Berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.










































                      
























 mohon maaf kerana gambar tidak dapat disertakan